suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BSN Mengaku Keluarkan Notis Tolak Permohonan Pekerja Minyak & Gas

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) mengakui mengeluarkan bagi menolak permohonan pinjaman peribadi daripada pekerja minyak dan gas.

"Ya, ia sebenarnya ialah memo dalaman," kata Ketua Komunikasi strategik BSN, Puspa Marina Omar kepada The Star pada Khamis.

"Keputusan ini dibuat diperingkat dalaman dari sudut operasi dan perniagaan bank itu...ini adalah sementara," katanya, sambil menambah bahawa BSN bertindak mengikut iklim ekonomi semasa.

Walau bagaimanapun Puspa berkata, memo itu adalah untuk edaran dalaman dan bukan untuk siaran umum.

Berhubung jawapan awal oleh wakil pegawai perkhidmatan pelanggan BSN yang mengatakan bahawa notis itu adalah palsu, Puspa kata memo itu hanya diedarkan kepada unit-unit perniagaan dan eksekutif peringkat tinggi.

Paparan skrin email berhubung notis berkenaan bocor dan mula diedarkan secara meluas di media sosial.

Email itu menyatakan bahawa: "Semua pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman sewa beli untuk permohonan daripada pekerja daripada sektor minyak dan gas akan ditolak terlebih dahulu."

Ia juga mengarahkan eksekutif jualan untuk menghentikan pemasaran dan menerima permohonan dari pekerja minyak dan gas.

BSN, O&G

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain