suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah Tiba Masa Tangani Isu Lain Sebaik Siasatan 1MDB Berakhir - Zeti

Zeti Akhtar Aziz.

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia mahu melihat penamat kepada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya negara boleh menangani beberapa isu ekonomi yang lain, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Zeti yang akan bersara pada April ini berkata pihak berkuasa sedang menyiasat syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu dari pelbagai aspek.

"Semua orang mahukan penamatnya supaya kita boleh meneruskan langkah, nilai mata wang kita terus pulih dan kita boleh berurusan dengan isu ekonomi lain yang dihadapi negara ini," katanya dalam temubual eksklusif bersama CNBC.

Zeti berkata Bank Negara sudah melengkapkan siasatan terhadap 1MDB dan beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil walaupun keputusan itu hanya akan diketahui apabila ia dimuktamadkan dan diumum kepada rakyat.




Artikel Lain