suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi 1MDB Hadir Prosiding PAC

Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (kiri) hadir untuk memberi keterangan pada prosiding Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen, Selasa. -fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin hadir untuk memberi keterangan pada prosiding Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen di sini Selasa.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding akan bersambung pagi esok kerana ada beberapa perkara lagi yang perlukan penjelasan dan diperhalusi daripada pengerusi 1MDB itu.

"Prosiding hari ini melibatkan Tan Sri Lodin selaku Pengerusi (1MDB). Beliau telah dilantik sejak 20 Okt 2010 (hingga sekarang)... prosiding bermula pukul 10 pagi tadi beri peluang kepada Yang Berhormat beri soalan, kita cuba untuk selesaikan hari ini tapi terpaksa disambung esok," katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.

Menurutnya PAC akan menentukan kelak sama ada akan memanggil bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Ditanya sama ada PAC berpuas hati dengan keterangan Lodin hari ini, Hasan berkata: "Perkara dibincang tak boleh beritahu ...esok akan lebih jelas perkara yang diketahui ...hari ini tak sampai separuh".

Hasan berkata pihaknya cuba untuk menyiapkan laporan prosiding tersebut sebelum akhir Februari ini untuk membolehkan ia dibentang di Parlimen pada Mac depan.\

Pada 1 Disember lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberi keterengan kepada PAC.

Artikel Lain