suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pegawai Imigresen Parah Kemalangan

IPOH: Tiga pegawai Imigresen parah manakala dua lagi cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 272.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran jejambat Amanjaya dekat sini, malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata kemalangan kira-kira 8 malam itu berlaku ketika hujan lebat apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner yang dinaiki kesemua mangsa melanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berumur antara 30 dan 50 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu.

"Apabila bomba tiba, semua mangsa sudah dibawa ke tepi jalan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya.

Samasuvam berkata sebuah jentera dari Balai Bomba Ipoh bersama satu unit Pasukan Kecemasan Perubatan, Tindak Balas dan Perkhidmatan (ERMS) dengan 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 8.38 malam.

Semua mangsa dihantar untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut, katanya. - BERNAMA

kemalangan, pegawai imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain