suria

Serangan Jakarta: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian letupan di Jakarta, pagi Khamis.

"Kementerian Luar Negeri Malaysia memaklumkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dengan kejadian letupan bom di Jakarta, yang berlaku pada hari ini, 14 Januari 2016.

"Situasi kini sedang dipantau rapi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Khamis.


Kementerian turut menasihati warganegara Malaysia yang bermastautin atau pun yang melawat Jakarta supaya lebih berhati-hati dan mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu kenyataan itu turut menyebut bahawa kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia di atas kejadian tragis ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi seperti berikut: Kedutaan Besar Malaysia Jalan H.R. Rasuna Said Mukim. X / 6, No.1-3 Kuningan Jakarta Selatan 12950 Republik Indonesia

E-mel:[email protected]
Tel: 0062 21 5224 947
serangan Jakarta, Wisma Putra

Artikel Lain