suria

Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

KAJANG: Gara-gara seekor kucing, dua lelaki ditahan selepas bergaduh dengan jiran mereka di Taman Putri Jaya, Bt 9 Cheras di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kajang Deputi Supritendan Zulkifli Abu Bakar berkata pergaduhan bermula sekitar pukul 1.10 pagi Isnin selepas jiran suspek memukul kucing miliknya yang berak di hadapan rumahnya.

"Pemilik kucing hilang sabar dan membaling batu ke arah di pintu kaca jirannya, menyebabkan ia pecah.

"Pergaduhan tercetus dan suspek kedua juga terjebak dalam pergaduhan itu untuk membantu pemilik kucing," katanya.

Suspek berusia 34 dan 54 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 kerana melakukan kerosakan.
kucing, pergaduhan

Artikel Lain