1MDB Nafi Dakwaan Rafizi Mengenai Sukuk Bandar Malaysia - Semasa | mStar

1MDB Nafi Dakwaan Rafizi Mengenai Sukuk Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd pada Selasa menafikan dakwaan berkaitan program Sukuk Bandar Malaysia dan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik.

1MDB merujuk kepada kenyataan oleh Rafizi Ramli, Anggota Parlimen Pandan, yang mendakwa hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn Bhd (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.

"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd.

Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.

Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB.
1MDB , Rafizi Ramli , Sukuk Bandar Malaysia

Artikel Sebelum

Dua Ditahan Gara-Gara Seekor Kucing

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Pengerusi 1MDB Hadir Prosiding PAC

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain