suria

MBSA Rekod 296 Kes Denggi Minggu Pertama 2016

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meningkatkan pemeriksaan serta melakukan semburan kabus di premis sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan kes demam denggi di Selangor.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata statistik dari 3 Januari hingga 9 Januari lepas menunjukkan 296 kes demam denggi direkodkan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Beliau berkata pada minggu pertama tahun ini, MBSA melakukan pemeriksaan di 429 premis sekitar Shah Alam termasuk rumah kediaman, rumah kedai dan restoran manakala semburan kabus pula dilakukan di 16,732 premis serta mengeluarkan 13 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes.

"MBSA akan bertindak tegas mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana premis yang didapati bersalah atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan berkala akan dilaksanakan di sekitar Shah Alam yang berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik Aedes antaranya di kawasan kediaman, kawasan berstrata, kilang, tapak binaan, Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta serta sekolah atau tadika.

Denggi, MBSA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain