1MDB Akan Terus Beroperasi - Arul Kanda - Semasa | mStar

1MDB Akan Terus Beroperasi - Arul Kanda

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan terus beroperasi walaupun selepas pelan rasionalisasinya selesai, berikutan ia mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi, kata Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy.

"Kemungkinan besar kami akan meneruskan 1MDB dengan tanggungjawab ini.

"Setiap tanggungjawab kini berpadanan dengan siri aliran tunai yang terikat dari segi undang-undang dengan pihak-pihak lain.

"Oleh itu, risiko tidak membayar hutang telah berkurangan dengan ketara," katanya dalam video selama satu minit yang dimuat naik di laman Facebook Buletin TV3 pada Selasa.

Awal hari ini, menurut 1MDB dalam kenyataan, ia telah melaksanakan perjanjian yang diberi kuasa dari segi perundangan untuk tiga tonggak utama pelan rasionalisasinya bagi tarikh akhir enam bulan yang ditetapkan kerajaan.

Syarikat itu berkata ia kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan terma-terma perjanjian dan mencapai penyelesaian.

Pembayaran sukuk RM5 bilion yang matang pada 2039 merupakan antara tanggungjawab yang pada masa ini dipegang 1MDB, selain penukaran liabiliti kepada aset dengan International Petroleum Investment Company Abu Dhabi sehingga 2022.

Arul Kanda Kandasamy , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MBSA Rekod 296 Kes Denggi Minggu Pertama 2016

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain