suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Lelaki Ancam Wanita Untuk Buktikan 'Keanggotaan IS'

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dipengaruhi dengan fahaman ideologi militan Negara Islam (IS) menahan seorang wanita menggunakan pisau di sebuah pasar raya di Sungai Petani. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, remaja lelaki yang berpakaian ala anggota IS itu ditahan beberapa minit kemudian pada pukul 8.30 malam Isnin.

"Dia ditahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Sosma).

"Siasatan mendedahkan remaja lelaki itu dipengaruhi oleh pergerakan IS menerusi media sosial dan mahu membuktikan bahawa dia mampu melakukan perkara itu dengan mengancam wanita berkenaan," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Tambah Khalid, lelaki berkenaan dipengaruhi IS menerusi emel dan media sosial.

"Kita perlu mengenal pasti orang-orang ini. Siasatan mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk mencederakan wanita itu tetapi mahu menunjukkan bahawa dia seorang anggota (kumpulan pengganas) dan dia boleh melakukan apa yang diminta," katanya.


Artikel Lain