suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tunggu Pengesahan Rakyat Malaysia Terlibat Serangan Bom Berani Mati

Khalid Abu Bakar.

KKUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu pengesahan rasmi sama ada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, mengakibatkan lebih 30 orang terkorban.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa sedang menunggu laporan rasmi walaupun polis 45 peratus pasti pengebom berkenaan adalah rakyat Malaysia.

"Terdapat laporan mengatakan bahawa pengebom adalah rakyat Malaysia tetapi kita masih menunggu laporan rasmi. Kita perlukan kepastian," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Tambah Khalid, polis akan terus memantau aktiviti militan di kalangan rakyat Malaysia.

"Kita tahu terdapat rakyat Malaysia di sana dan kita juga telah diberitahu bahawa rakyat Malaysia terlibat sebagai pengebom berani mati sebelum ini," katanya.

Artikel Lain