suria

Dua Individu Berpengaruh GMM Berundur

Wong (kiri) dan Redzuan.

KUALA LUMPUR: Dua individu berpengaruh yang terlibat dalam Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berundur dari pergerakan itu.

Datuk Seri Wong Chun Wai yang merupakan pemegang amanah GMM menghantar surat peletakan jawatannya kepada pengerusi, Tan Sri Razali Ismail dua minggu lalu.

Beliau menyuarakan hasratnya itu untuk mengendali "isu-isu kesederhanaan domestik" dan perniagaan media, di mana beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star.

Bekas duta, Datuk Redzuan Kushairi yang memainkan peranan utama dalam GMM turut memaklumkan mengenai hasratnya kepada Razali untuk berundur dari pergerakan itu.

Redzuan pernah berkhidmat sebagai duta ke Uzbekistan, timbalan pesuruhjaya tinggi ke United Kingdom dan timbalan wakil tetap Malaysia di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (PBB).

Beliau tidak memegang sebarang jawatan rasmi di GMM tetapi dengan banyak pengalaman diplomatiknya sebelum ini, Redzuan memainkan peranan penting dalam pergerakan itu.

Chun Wai ketika dihubungi mengesahkan beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Razali tetapi enggan menggulas lanjut mengenai keputusan itu.

Difahamkan, Chun Wai dan rakannya dalam GMM, Anas Zubedy akan memberi tumpuan sumber mereka bagi mendekati belia Melayu, terutama di kawasan luar bandar, menerusi platform media sosial di samping mengekalkan asas sokongan mereka di bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan pada Oktober 2015 selepas beliau memutuskan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jawatannya diambil alih oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

GMM

Artikel Berikut

Harga Udang Besar Melambung

Artikel Lain