suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Subra: Najib Kaji Undang-Undang Tukar Agama Kanak-Kanak

KLANG: Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju secara prinsip untuk mengkaji kemungkinan meminda undang-undang sedia ada bagi mengelakkan penukaran agama kanak-kanak secara unilateral, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Presiden MIC itu berkata, Perdana Menteri mahu isu ini diselesaikan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

"Saya membawa isu itu sekali lagi pada mesyuarat Kabinet dan Perdana Menteri telah meminta tiga menteri berbincang dengan Peguam Negara mengenai perkara ini.

"Beliau juga secara prinsipnya bersetuju untuk melihat pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk mengelakkan penukaran unilateral kepada kanak-kanak," katanya.

Beliau mengulas mengenai isu penukaran agama membabitkan tiga anak guru Tadika, M. Indira Gandhi.

Pada 30 Disember lepas, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan penukaran agama ketiga-tiga orang anak wanita itu oleh bekas suaminya, seorang mualaf.

Mahkamah memutuskan bahawa perkara mengenai penukaran agama, dan sama ada seseorang itu menganuti agama Islam, adalah terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.


Artikel Lain