Hati-Hati Beli Buku Hadis - Mufti Perlis - Semasa | mStar

Hati-Hati Beli Buku Hadis - Mufti Perlis

KANGAR: Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam agar berhati-hati apabila membeli atau membaca buku hadis berkaitan Nabi Muhammad SAW kerana terdapat banyak hadis palsu.

Beliau berkata, penyebaran hadis palsu boleh menggugat kefahaman dan memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan yang tidak belajar daripada guru agama yang diiktiraf.

"Hadis palsu dan batil boleh merosakkan imej agama Islam, umat Islam dan penceramah perlu lebih berhati-hati dengan buku hadis palsu," katanya semasa menyampaikan ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini Selasa malam.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada umat Islam supaya tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat sumber rezeki seperti menjadikannya sebagai pelaris barang jualan.

Ini kerana katanya, laris atau tidak sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti, harga, kebersihan serta doa kepada Allah SWT.-- Bernama

Artikel Sebelum

Milo Ais RM4.20 Undang Pelbagai Reaksi

Artikel Berikut

Pemburu Kerja Sedia Terima Gaji Rendah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain