suria

Pemburu Kerja Sedia Terima Gaji Rendah

PETALING JAYA: Pencari pekerjaan di kalangan generasi muda sanggup untuk mengabaikan bayaran gaji yang bakal diterima semata-mata mahu mendapatkan pengalaman.

Lee Shi Yun, 18, yang sedang mencari pekerjaan bagi membiayai yuran kolejnya berhadapan cabaran kerana kebanyakkan jawatan yang ditawarkan memerlukan kelayakan yang lebih tinggi daripada apa yang dimilikinya.

Bukan itu sahaja, banyak peluang pekerjaan memerlukan pengalaman kerja minimum.

"Ia mengecewakan apabila syarat seperti 'diploma/ijazah' atau pengalaman bekerja terdapat dalam borang permohonan," kata Lee, yang baru menamatkan pengajian peringkat menengah.

Ketika proses mencari kerja, Lee kini memahami mengenai kepentingan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang akhirnya membolehkan dia mendapatkan pekerjaan yang baik.

Lee berkata buat masa ini gaji adalah perkara kedua kerana dia berharap untuk mendapatkan pengalaman dalam dunia pekerjaan.

Bersetuju dengan Lee mengenai keperluan untuk mempunyai pengalaman, Lim Ben Kin, 17, berkata beliau yakin kebanyakan majikan enggan menggajikan pekerja muda kerana kurang pengalaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rahim Mohon Gugur Kes Hasutan

Artikel Lain