suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tayar Belakang Pesawat AirAsia Pecah Sebaik Mendarat Di Sibu

Gambar hiasan.

SIBU: Pesawat A320 AirAsia tidak dibenarkan berlepas di Lapangan Terbang Sibu malam Khamis, selepas tayar belakangnya meletup sebaik sahaja mendarat kira-kira pukul 7.20 malam.

Pengurus Malaysia Airport Berhad Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kesemua 138 penumpang serta enam anak kapal penerbangan AK6440 itu tidak mengalami kecederaan, dan pesawat tidak dibenarkan berlepas setelah diarah ke 'Bay 3', sebaik sahaja mendarat.

Beliau berkata, kejadian itu mengakibatkan satu unit lampu di tepi landasan mengalami kerosakan, namun ia tidak menjejaskan jadual lain-lain penerbangan, malam Khamis.

"Pesawat sudah diletakkan di 'open bay' kami dan sedang dibaiki manakala lampu landasan sudah ditukar," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan Sibu-Kuching pada 7.50 malam, terpaksa menunggu sebuah pesawat AirAsia lain yang dijangka berlepas awal pagi.

Menurutnya punca insiden masih dalam siasatan. 

Sementara itu, difahamkan kejadian tersebut mengakibatkan kelewatan selama beberapa jam bagi dua lagi penerbangan, MH3383 ke Kuching dan MH3660 ke Miri. - Bernama

AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MIC Tidak Diurus Dua Puak

Artikel Lain