Cincin Tersekat, Anggota Kastam Minta Bantuan Bomba - Semasa | mStar

Cincin Tersekat, Anggota Kastam Minta Bantuan Bomba

Gambar hiasan

SEPANG: Gara-gara cincin tersekat di jari manis setelah jarinya membengkak, seorang kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini terpaksa mendapatkan khidmat bomba pada Rabu lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata pihaknya menerima panggilan 4.47 petang daripada rakan wanita itu yang melaporkan jari mangsa sakit dan membengkak.

Beliau berkata bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk memotong cincin wanita dalam lingkungan 20-an itu, menggunakan alat khas pemotong wayar.

Katanya siasatan awal pihaknya mendapati wanita tersebut membeli cincin berkenaan beberapa hari sebelum kejadian.

"Namun lama-kelamaan jarinya bengkak dan cincin itu tidak dapat dikeluarkan sendiri. Pada mulanya, dia tidak beritahu rakan sekerjanya namun apabila semakin sakit, dia terpaksa juga maklumkan kepada mereka," katanya.

Menurutnya sepasukan 10 anggota bomba termasuk unit Pasukan Menyelamat  Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian sebelum dapat memotong cincin berkenaan.

Kastam , Bomba

Artikel Sebelum

MAHB Guna Kaedah Baru Selenggara klia2

Artikel Berikut

MIC Tidak Boleh Amal Politik Kasta - Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain