Operator Kilang Mengaku Tidak Bersalah Hina PDRM Di Facebook - Semasa | mStar

Operator Kilang Mengaku Tidak Bersalah Hina PDRM Di Facebook

JOHOR BARU: Operator kilang berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu di atas pertuduhan menghina dan mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman Facebook miliknya.

Tertuduh, G. Vinoth mengaku tidak bersalah atas tuduhan memuat naik satu kenyataan "INI TAK SALAH KE PUK****...Krete Polis Roadtax date Dah Expird 4 tahun" di laman Facebooknya di bawah nama Luke Vinoth pada kira-kira pukul 9.48 malam 24 Oktober lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Media 1998 (Akta 588).

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Facebook

Artikel Berikut

CEO Berpangkat Datuk Cedera Dipukul

Artikel Berkaitan

Artikel Lain