suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kos Demo Baju Merah Sekali Ganda Berbanding Bersih 4

KUALA LUMPUR: Kerajaan menanggung kos sebanyak lebih RM4 juta bagi mengendalikan Himpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali 'himpunan baju merah’ - hampir sekali ganda berbanding perhimpunan Bersih 4.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM menggerakkan 263 pegawai dan 3,648 anggota lain-lain pangkat untuk perhimpunan baju merah.

"Kos keseluruhan adalah sebanyak RM4,500,927.50 bagi mengendalikan Himpunan Rakyat Bersatu.

"Bagi perhimpunan Bersih 4, pihak polis menggerakkan 191 pegawai dan 2,419 anggota yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos. Kos keseluruhan yang digunapakai adalah sebanyak RM2,737,440,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri menjawab pertanyaan Anthony Loke (DAP-Seremban) yang bertanyakan mengenai jumlah anggota polis dan kos keseluruhan yang ditanggung PDRM bagi kedua-dua himpunan tersebut.

"Bagi kedua-dua penugasan yang terlibat, PDRM menggunapakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Cawangan Trafik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), dan Cawangan K9 JSJ, serta lain-lain elemen.

"Kesemua elemen ini adalah di bawah kawal selia ketua polis Kuala Lumpur," kata Zahid.

Baju Merah, Bersih 4

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain