Lelaki Sesat Di Bukit Jambul Ditemui - Semasa | mStar

Lelaki Sesat Di Bukit Jambul Ditemui

Som Phay.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang sesat semasa mendaki Bukit Jambul pada Ahad ditemui selamat.

Som Phay, 26, yang menghubungi Balai Bomba Jalan Perak pada pukul 6.31 petang Ahad melaporkan kepada seorang pegawai bahawa dia gagal menjumpai jalan keluar semasa menuruni dari kawasan berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba Jalan Perak berkata, Som membuat panggilan dan memaklumkan bahawa dia keletihan dan hari semakin gelap, dan dia tidak dapat menjumpai jalan keluar.

"Kita menggerakkan 12 anggota bomba untuk mencari dan menyelamat tetapi kita tidak dapat mengesannya di bukit itu.

"Bagaimanapun, dia ditemui di sebuah pasar raya di Sungai Dua pada pukul 9.55 pagi Isnin dalam keadaan lemah dan operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 10.05 pagi.

"Pihak polis telah memaklumkan kepada keluarganya dan dia dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rumah Terbakar: Dua Beradik Rentung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.