suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 4: Dua Individu Pijak Gambar Pemimpin Negara Serah Diri Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Dua individu yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan penyerahan diri dibuat oleh dua individu berkenaan pada pukul 11 pagi Isnin.

"Dua individu yang serah diri itu merupakan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai penyelia di tapak pembinaan," katanya.

Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kedua-dua individu berkenaan.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di ibu negara tercemar berikutan terdapat beberapa individu memijak gambar kedua-dua pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu, polis pada minggu lalu menawarkan ganjaran kewangan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dalam insiden itu.

Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sebanyak 267 laporan polis telah diterima berhubung kes pijak gambar dua pemimpin berkenaan pada perhimpunan itu.

PDRM, serah diri

Artikel Berikut

Artikel Lain