suria

Tiada Laporan Dibuat Terhadap KSN, KP Perkhidmatan Awam - SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan portal berita yang mendakwa pegawainya membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, laporan berita tersebut adalah bercanggah kerana tiada laporan yang dibuat terhadap kedua-dua individu berkenaan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana menganggu siasatan.

"Kita menyifatkan laporan portal berita untuk merosakkan hubungan baik antara kita dengan agensi dan kepimpinan perkhidmatan awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, sebuah portal berita melaporkan bahawa pegawai SPRM membuat laporan kepada suruhanjaya itu terhadap Ali dan Mohamad Zabidi.

Ia turut mendakwa bahawa laporan itu dibuat mempunyai kaitan dengan perpindahan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob pada minggu lalu.

Bahri dan Rohaizad pada awalnya dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri Jumaat lalu namun perpindahan itu kemudiannya dibatalkan.

Mustafar Ali, SPRM

Artikel Lain