Ancaman Kumpulan 'Anonymous Malaysia' Dari Luar Negara - KPN - Semasa | mStar

Ancaman Kumpulan 'Anonymous Malaysia' Dari Luar Negara - KPN

Khalid Abu Bakar.

SUBANG JAYA: Bukit Aman mengesahkan terdapat ancaman siber oleh kumpulan 'Anonymous Malaysia' dari luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun mengakui bahawa adalah sukar untuk menjejaki mereka.

Beliau berkata, bidang kuasa polis terhadap Internet dan hakikat bahawa serangan siber boleh dilakukan dari mana-mana lokasi di dunia, dan kumpulan itu merancang untuk melakukannya pada 29 Ogos ini, akan menyukarkan untuk menjejaki mereka dan membuat penangkapan.

"Kita tahu pengumuman yang dibuat bukan dari Malaysia. Sama ada ia dibuat oleh warga asing, perkara itu masih belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Inovasi dan Penutupan sempena Peringatan Hari Polis ke-208 di sini Khamis.

Khalid berkata, lain negara mempunyai undang-undang Internet yang berbeza.

"Ini menjadikan kita sukar untuk menyiasat. Walau apa pun, kita tidak akan mengambil ringan terhadap perkara ini," katanya.

Beliau berkata, agensi kerajaan sudah bersiap sedia, sambil menambah bahawa pihak polis mengambil langkah berjaga-jaha bagi memastikan platform media sosial dan laman web tidak akan digodam kumpulan itu.

Kumpulan Anonymous Malaysia memuat naik video berdurasi lapan minit di Facebooknya pada 4 Ogos lalu, dengan menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri berhubung pelbagai isu yang melanda negara baru-baru ini.

Kumpulan itu mengancam akan melancarkan 'perang Internet' secara habis-habisan terhadap laman web polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 150 laman web lagi yang telah "dipilih secara strategik".

Ia berkata, serangan siber sepanjang hari itu akan dilakukan pada 29 Ogos ini, selaras dengan demonstrasi Bersih 4.0 di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain