suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hisap Shisha Tidak Menyalahi Undang-Undang - Polis

PETALING JAYA: Polis mengesahkan bahawa tabiat menghisap shisha atau menggunakan batang shisha tidak menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penggunaan batang shisha atau lebih dikenali sebagai 'hookah pen' adalah dalam kategori yang sama bagi rokok elektronik (e-rokok).

"Bagaimanapun, penggunaan batang shisha ini tidak begitu popular.

"Ini kerana kandungan cecair perisa yang sedikit dan ia tidak memberikan kepuasan kepada pengguna berbanding dengan menghisap e-rokok," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Mokhtar berkata, pada masa ini tiada undang-undang berkaitan larangan penggunaan batang shisha.

Beliau menambah, jabatannya bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama dalam memberi tumpuan dalam pemantauan khususnya berkaitan bahan yang disyaki mengandungi dadah.

"Hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan setakat ini mendapati penggunaan batang shisha bukan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia," katanya.

Artikel Lain