suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan Penyiasat Malaysia Ke Maldives Siasat Serpihan Pesawat - Aziz Kaprawi

Ab. Aziz Kaprawi.

KUALA LUMPUR: Pasukan penyiasat Malaysia akan berlepas ke Maldives malam Selasa untuk melakukan pengesahan awal terhadap beberapa objek dipercayai serpihan pesawat, sama ada ia milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang tahun lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pasukan penyiasat itu akan diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. 

Katanya, objek-objek itu akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dianalisis. 

"Kami (Malaysia) ada persafahamaan dengan pihak berkuasa di sana (Maldives)...serpihan-serpihan yang dijumpai hampir sebulan lepas itu kita jangkakan sebagai sebahagian daripada pesawat. 

"Ia masih perlu dibuat analisis lagi dan akan dibawa balik ke Malaysia untuk pengesahan," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya dan Sambutan 130 Tahun Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di sini, Selasa.

Turut hadir Presiden KTM Berhad, Leftenan Kolonel Sarbini Tijan.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014. 

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lepas.

Ab. Aziz Kaprawi, MH370

Artikel Lain