suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Pesan Bakal Haji Doakan Negara Kekal Aman

MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpesan kepada bakal haji agar mendoakan negara kekal aman dan sejahtera, ketika mereka berada di tanah suci Makkah.

Beliau berkata mereka juga perlu mendoakan supaya pemimpin negara dijauhkan daripada perbuatan menjurus kepada fitnah.

"Mohon Allah swt memberikan keadaan lebih sejahtera, ekonomi negara bertambah baik, pendapatan juga melimpah dan kurniaan bertambah-tambah," katanya ketika berucap pada majlis meraikan bakal Haji/Hajah anjuran UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di Pagoh, di sini pada Selasa.

Sebelum itu, Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh bersama-sama para jemaah menunaikan solat Zuhur dan solat sunat hajat bagi mendoakan keselamatan bakal haji ketika menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Berdoa di tanah suci Makkah adalah diibarat peluang yang istimewa bagi bakal jemaah untuk hasrat mereka dimakbulkan selain umum tahu pahalanya besar.

"Bila berada di Makkah akan ada perasaan luar biasa terutama apabila melihat Kaabah, berada di Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah (di Madinah). Justeru, berdoalah selalu setiap masa," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan sagu hati dan kelengkapan untuk mengerjakan haji kepada 74 bakal haji dan hajah.

Pagoh, Haji

Artikel Berikut

Artikel Lain