suria

Umno Pagoh Mahu PAC Teruskan Siasatan 1MDB

PAGOH: Umno bahagian Pagoh yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan resolusi bagi meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya meneruskan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding menunggu sehingga Parlimen bersidang semula pada Oktober.

Umno bahagian itu turut menyuarakan kekecewaannya terhadap beberapa ahli jawatankuasa Barisan Nasional yang menerima jawatan Kabinet sehingga mengganggu siasatan PAC.

Resolusi tersebut merupakan antara empat yang diluluskan oleh Umno bahagian itu dalam mesyuarat perwakilannya pada Sabtu.

Para perwakilan turut meminta kerajaan untuk meneruskan siasatannya terhadap 1MDB menerusi cara yang sewajarnya dengan adil dan tegas.

Mereka turut mempersoalkan kenyataan Peguam Negara yang baharu bahawa pasukan petugas khas tidak perlu lagi menyiasat 1MDB.

Para perwakilan menerusi ahli jawatankuasa bahagian, Datuk Hashim Othman turut menyuarakan kesedihan mereka di atas pengguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

1MDB

Artikel Lain