suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Tak Akan Tunduk Persepsi Masyarakat - Rahman Dahlan

Abdul Rahman Dahlan.

AYER HITAM: Kerajaan tidak akan lagi tunduk kepada persepsi masyarakat kerana ia hanya akan menjadikan Malaysia kelihatan lemah, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar pada Sabtu berkata, persepsi itu merupakan fenomena yang melemahkan negara dan menjejaskan kestabilan ekonomi.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada pertukaran Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategi Komunikasinya, Datuk Rohaizad Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat akan memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan.

"Kita tidak perlu takut.

"Tidak lagi kali ini. Persepsi hanya untuk melemahkan," kataya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Ayer Hitam pada Sabtu.

Abdul Rahman Dahlan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain