suria

Perhimpunan 808 Berlangsung Aman

Salah seorang peserta perhimpunan 808 yang berlangsung secara aman, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 orang termasuk peguam dan aktivis media mengikuti 'Perhimpunan 808' di sekitar Pasar Seni di sini, Sabtu, yang antara lain dianjur bagi membantah penggantungan akhbar The Edge.

Peserta mula berkumpul di hadapan pekarangan Pasar Seni kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum bergerak beramai-ramai membawa sepanduk 'Media bukan musuh' dan 'Journalism is not a crime' ke Dataran Lebuh Pasar di hadapan bangunan Majlis Peguam Malaysia.

Perhimpunan selama sejam setengah itu bagaimanapun berjalan tenang dan dikawal pasukan polis.

Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan.

Permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily digantung tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai berkaitan laporannya tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -- Bernama

Perhimpunan 808, The Edge

Artikel Lain