MH370: Wakil Malaysia Dan Perancis Bertemu Di Paris Pada Isnin - Semasa | mStar

MH370: Wakil Malaysia Dan Perancis Bertemu Di Paris Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat akan diadakan di Paris, Perancis Isnin ini, di antara wakil kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Perancis bagi membincangkan mengenai proses pengesahan 'flaperon' yang ditemui di Pulau Reunion baru-baru ini, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi pada Sabtu.

Timbalan Menteri Pengangkutan itu berkata, delegasi itu akan diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, wakil pasukan penyiasat kerajaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS).

"Oleh kerana flaperon itu dijumpai di Pulau Reunion, maka sebarang proses pengesahan perlu melalui segala protokol dan prosedur yang ditetapkan kerajaan Perancis kerana ia sekarang berada di bawah jagaan mereka.

"Selepas mesyuarat, baru kita akan dapat perkembangan bagaimana untuk mengesahkan sama ada flaperon itu adalah sebahagian daripada pesawat MH370 yang hilang ataupun tidak," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini, Sabtu.

Buat masa ini, Azharuddin sudah berada di Toulouse, Perancis untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai flaperon itu manakala pasukan penyiasat Malaysia sedang dalam perjalanan ke Pulau Reunion untuk membuat siasatan lanjut.

Ditanya sama ada fokus pencarian kapal terbang yang hilang itu akan berubah berdasarkan petunjuk terkini, Ab Aziz berkata, setakat ini perkara itu masih belum dibincangkan.

Sementara itu di MERSING, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata badan kehakiman Perancis akan melakukan siasatan terperinci berhubung serpihan pesawat itu.

Hishammuddin berkata beliau dimaklumkan rakan sejawatannya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian bahawa serpihan berkenaan dihantar ke sebuah makmal di DGA Technique Aeronautique di Balma, timur Toulouse, Perancis.

"Saya menerima panggilan telefon daripada Le Drian malam semalam berhubung perkara itu, badan kehakiman Perancis kemudian meminta Kementerian Pertahanan Perancis untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Mersing pada Sabtu.

Beliau berkata Le Drian juga akan berkunjung ke Malaysia pada hujung bulan ini dan mereka dijangka akan membincangkan mengenai siasatan tersebut.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal pada 8 Mac tahun lepas.

MH370 , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain