suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Hari Raya Muhibah Di Plaza Low Yat Hari Ini Ditunda

KUALA LUMPUR: Majlis Hari Raya Muhibah di Plaza Low Yat di sini anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Tolak Keganasan yang dijadualkan pada Sabtu ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Penyelaras gabungan itu Kamarudin Ahmad berkata, pihaknya terpaksa mengubah tarikh majlis itu di saat akhir bagi menyelaraskan program itu bersama-sama MCA Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"MCA akan mengadakan majlis sambutan di tempat yang sama, jadi elok kiranya kami menganjurkanya secara bersama," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Beliau menafikan pembatalan majlis tersebut berikutan terdapatnya ancaman ataupun ugutan daripada pihak tertentu.

Kamarudin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MCA untuk menetapkan tarikh majlis berkenaan.

Majlis tersebut dianjurkan bagi mengukuhkan kembali suasana muhibah berikutan insiden pergaduhan di plaza itu pada 12 Julai lepas.-- Bernama


Artikel Lain