suria

Polis Siasat Dakwaan Lelaki Bogel Di Hadapan Sogo

Kelibat lelaki bogel dikesan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pagi Jumaat.

KUALA LUMPUR: Polis gagal mengesan lelaki yang dikatakan berjalan kaki dalam keadaan bogel di hadapan pusat membeli belah Sogo di sini, yang gambarnya menjadi viral di media sosial, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, polis telah menghantar anggota kereta peronda untuk membuat siasatan setelah menerima maklumat daripada orang ramai pada pukul 11.35 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi polis gagal mengesan kelibat lelaki terbabit. Tiada lelaki bogel dikesan di kawasan sekitar Sogo, Kompleks Pertama dan kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pengadu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya anggota keselamatan Sogo juga gagal mengesan lelaki terbabit.-- Bernama



bogel, Sogo, Zainol Samah

Artikel Lain