suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Cedera Dalam Pergaduhan Di Wangsa Walk

KUALA LUMPUR: Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, di sini lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 29 tahun.  

Katanya, dalam pergaduhan pada pukul 6.50 petang itu antara dua kumpulan, seorang patah tengkok dan seorang lagi retak tulang bahu. 

"Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki," katanya kepada Bernama di sini. 

Beliau berkata, lima yang cedera itu dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.  

"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya. 

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Dalam pada itu, polis menafikan pergaduhan itu melibatkan isu perkauman.

Artikel Lain