suria

Jangan Sebar Fitnah Dan Kebencian Di Bulan Ramadan - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya tidak menyebarkan fitnah dan kebencian pada bulan Ramadan yang mulia.

Beliau berkata umat Islam kini berada di 10 malam terakhir pada bulan Ramadan yang mempunyai satu malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.


"Pada malam tersebut, kita dijanjikan ganjaran pahala ibadat yang berlipat ganda seperti yang digambarkan dalam maksud firman Allah dalam Surah Al-Qadr, “Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”," katanya dalam satu posting blog pada Jumaat.

Najib berada di bawah tekanan sejak Wall Street Journal menyiarkan satu artikel minggu lepas yang memetik seorang 'penyiasat yang tidak dinamakan', dengan mendakwa bahawa hampir AS$700 juta (RM2.63 bilion) dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Pejabat Perdana Menteri menjawab dengan mengatakan bahawa artikel tersebut adalah 'sabotaj politik' manakala 1MDB menegaskan bahawa tidak ada dana telah dipindahkan ke akaun Najib.

Najib juga menafikan dakwaan itu, menyatakan bahawa dakwaan itu adalah satu muslihat politik oleh musuh politiknya dalam usaha untuk menjatuhkannya, antaranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penerbitan yang berpangkalan di New York itu bagaimanapun menegaskan bahawa siasatan mereka adalah berdasarkan dokumentasi yang kukuh.
1MDB, WSJ, Lailatul Qadar

Artikel Lain