suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noor Rashid Ibrahim (kiri) menunjukan laman utama 'Portal Kanak-kanak Hilang' PDRM.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,842 kes kanak-kanak berumurdi bawah 18 tahun dilaporkan hilang daripada 2011 sehingga Mei tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 8,441 berjaya ditemui. 

"Jumlah yang masih hilang agak tinggi dan membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Portal Kanak-Kanak Hilang' pada Rabu.  

Portal yang boleh diakses mulai hari itu merupakan usahasama Jabatan Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Berbeza dengan sistem NUR Alert diwujudkan pada 2011 bagi membuat sebaran pantas berkenaan maklumat kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang hilang,"Portal Kanak-kanak Hilang" membolehkan orang ramai menyemak dan menyalurkan data kanak-kanak hilang secara 'real-time'.

Portal kanak-kanak hilang, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain