KOTA KINABALU: Sebanyak enam buah rumah rosak teruk di Kampung Biau, Bongawan, Papar akibat bumbung diterbangkan angin khususnya di kawasan pantai barat Sabah sejak Jumaat.
Mangsa kini menumpang di rumah saudara mara mereka.
Sementara itu Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima 23 panggilan mengenai pokok tumbang di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kota Belud dan telah mengarahkan anggota untuk membersihkannya.
Angin kencang dan ribut yang melanda Sabah dilapor sebagai tempias daripada ribut tropika LINFA yang membadai kawasan Luzon, Filipina dan bergerak ke arah barat laut sehingga menghampiri perairan Sabah termasuk Labuan.


