suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Hilang Ditemui Mati Terapung

Gambar hiasan.

KEMAMAN: Seorang daripada empat nelayan yang dilapor  hilang sejak 14 hari lalu di perairan Kemaman ditemui mati terapung kira-kira 17 batu nautika dari perairan Pulau Kapas pada Sabtu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata mayat Mohd Zawawi Seman, 36, ditemui sekumpulan nelayan tempatan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Beliau berkata mayat dibawa ke pangkalan Pulau Kambing kira-kira pukul 4 petang Sabtu.

"Waris keluarga mangsa telah dipanggil untuk membuat pengecaman mayat yang  mengesahkan mayat tersebut adalah Zawawi. Kad pengenalan mangsa turut ditemui dalam poket seluar mangsa," katanya.

Norhafizi berkata mayat berkenaan dipercayai lebih tiga hari terapung di laut.

Mangsa bersama tiga yang lain dari Kemaman dilapor hilang setelah keluar ke laut pada 21 Jun lalu.

Beliau berkata pihaknya masih mengesan kedudukan tiga lagi rakan mangsa.

"Dengan penemuan mayat ini diharap ia dapat memberi petunjuk kedudukan nelayan yang lain," katanya.

nelayan, hilang, terapung

Artikel Lain