suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Terlibat Kes Samun Ditahan

Gambar hiasan.

KUANTAN: Seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bulan lepas diberkas di rumahnya di Felda Bukit Goh dekat sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 38 tahun ditahan pada pukul 9 malam.

Beliau berkata suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk membabitkan kesalahan dadah.

Tiga lagi suspek yang terbabit dalam kes samun itu sedang diburu, katanya.

Keempat-empat mereka memecah masuk sebuah rumah di Lorong Peramu dekat sini kira-kira pukul 10.50 malam dan menyerang mangsa sebelum melarikan RM20,000 serta telefon bimbit.

Sementara itu Abdul Aziz bekata tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah diberkas di kawasan perumahan PPRT Kampung Jaya Gading di sini malam Sabtu.


kes samun

Artikel Lain