suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya 50 Sen Untuk Pos Kad Hari Raya

KUCHING: Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kad ucapan hari raya sebanyak 50 sen untuk destinasi seluruh negara.

Dalam satu kenyataan di sini Ahad, Pos Malaysia berkata tawaran istimewa untuk semua saiz, bentuk, warna dan berat tidak lebih daripada 50 gram itu akan berakhir pada 13 Julai ini.

Harga biasa pengeposan surat bukan standard boleh mencecah sehingga 80 ke 90 sen setiap satu.

Ini merupakan tahun ke-10 berturut-turut Pos Malaysia menawarkan kadar promosi untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pos Malaysia juga berbangga kerana terus mendukung tradisi yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan keluarga dan rakan mereka, tidak kira di mana semasa musim perayaan.

Para pelanggan dinasihatkan untuk mengepos kad Hari Raya awal bagi memastikan kad ucapan mereka sampai kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.


kad raya, Pos Malaysia

Artikel Lain