suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ranau Dilanda Gempa Bumi 3.4 Skala Richter

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 7.49 Sabtu malam.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan, pusat gempa adalah di enam darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 11 kilometer barat laut dari Ranau, menyebabkan gegaran di kawasan tersebut.

Kementerian itu berkata Jabatan Meteorologi Malaysia kini memantau perkembangan dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan dengan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dengan meragut 18 nyawa pendaki dan malim gunung di Gunung Kinabalu.-- Bernama

gempa bumi, Ranau

Artikel Lain