suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

24,000 Peserta Khatam Al Quran Perdana Negeri Sembilan

SEREMBAN: Lebih 24,000 peserta dijangka menyertai Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Perdana yang akan diadakan serentak di seluruh negeri ini pada Sabtu, anjuran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) dan Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Pekerti).

Yang Dipertua Pekerti Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin berkata selain anggota NSWO, peserta program khatam Al-quran ini juga terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi dan pekerja agensi-agensi kerajaan.

"Program ini diadakan bertujuan untuk membantu agenda kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan khususnya dari segi kerohanian iaitu melalui pembacaan Al-Quran.

"Perjalanan majlis khatam Al-quran ini juga akan dipancarkan dari lokasi bangunan NSWO ke 20 premis seperti Universiti Teknologi MARA Seremban, Universiti Sains Islam Malaysia, Politeknik Port Dickson, Masjid Kariah Panchor Jaya, dan Kolej Tunku Kurshiah, melalui aplikasi Skype," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Majlis khatam Al-Quran ini dijadual dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Salbiah berkata berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada rakyat negeri ini, program tadarus Al-Quran ini akan dijadikan acara tahunan.

Al Quran, Negeri Sembilan

Artikel Sebelum

Lelaki Iran Maut Dibelasah

Artikel Berikut

Artikel Lain