suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buruh Maut Dirempuh Lori Kayu Getah

KUALA LUMPUR: Seorang buruh maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh lori membawa muatan kayu getah dalam kemalangan yang turut membabitkan tiga kenderaan lain di KM 28 Jalan Kuala Lumpur-Seremban di Semenyih, Selangor, pagi Jumaat.

Dalam kejadian pada 9.04 pagi itu, P. Ravi, 25, yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian apabila pemandu lori yang dalam perjalanan dari Kajang, gagal mengawal lorinya lalu melanggar pembahagi jalan dan merempuh belakang motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata muatan kayu getah itu turut menimpa tiga kereta lain, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987, katanya.

Semenyih, Getah

Artikel Lain