Namun pada tahun ini, nama program tersebut ditukar kepada Iftar@KL 2015, bersesuaian dengan konteks amalan bersederhana dalam berbuka puasa.
Tikar turut dihamparkan di sepanjang jalan itu untuk memberi keselesaan kepada orang ramai menikmati juadah berbuka puasa mereka.
Pada masa sama, orang ramai yang hadir akan disajikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seramai 200 pelajar sekolah tahfiz di sekitar Lembah Klang.
Antara aktiviti lain yang diadakan seperti penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir, ceramah dan malam kesenian Islam serta moreh.
Menariknya, orang ramai akan diberi satu bungkus makanan yang mengandungi nasi putih, kubis goreng, kari daging dan air minuman.
Program tersebut turut dimeriahkan lagi dengan peringkat akhir pertandingan nasyid pada 5 Julai ini.


