suria

Tempoh Perkhidmatan Mohd Sidek Dilanjutkan Tiga Tahun Lagi

Tan Sri Mohd Sidek Hassan -foto REUTERS

PETALING JAYA: Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai pengerusi bukan eksekutif Petronas telah dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Petronas berkata Mohd Sidek akan meneruskan perkhidmatannya selama tiga tahun lagi, bermula 1 Julai 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau yang merupakan bekas Ketua Setiausaha ke Lembaga Pengarah Petronas pada tahun 2012.

Sebelum itu, Mohd Sidek telah menghabiskan 38 tahun dalam perkhidmatan awam sehingga beliau bersara sebagai Ketua Setiausaha ke-12 kepada kerajaan.

Beliau mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan telah memegang pelbagai jawatan antarabangsa.

Beliau juga merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 2008 hingga 2013.

Mohd Sidek memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain