suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Kata The Edge Patut Tahu Artikel Manakah Yang Bawa Masalah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang Kumpulan Media The Edge patut tahu artikel 1MDB yang manakah yang dilihat sebagai tidak tepat dan mengelirukan para pembaca sehingga menyebabkan mereka menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian berkenaan.

"Siapa yang makan cili dia patut rasa pedas jadi tak payah tanya kita lah artikel yang mana yang bawa masalah. Mereka patut tahu...," katanya kepada para pemberita pada Khamis.

Zahid berkata demikian ketika diminta komen berhubung kenyataan media The Edge pada Rabu yang mahu pihak kementerian menjelaskan artikel manakah yang mereka maksudkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan mengenai 1MDB sehingga diberi surat tunjuk sebab. 


Ahmad Zahid Hamidi, The Edge, KDN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain