suria

1MDB Sedang Disiasat - Arul Kanda

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Khamis mengulangi penegasan berhubung pendiriannya sebelum ini bahawa jika terbukti wujud sebarang salah laku, maka pihak berkuasa yang sah boleh mengambil tindakan mengikut proses dan undang-undang negara yang ditetapkan.

Dalam satu kenyataan, syarikat pelaburan strategik itu turut menegaskan, ia telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua serta kumpulan media The Edge.

"1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam talian hari ini yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan diambil terhadap 1MDB.

Menurutnya, Pua juga mengelak untuk membangkitkan bahawa 1MDB ketika ini menjadi tumpuan siasatan oleh pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah 'lesap' daripada 1MDB.

"Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan 'kehilangan RM42 bilion,' sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini," katanya.

1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain