Harapan Pada Sampel DNA Dalam Usaha Cari Dua Warga Singapura Yang Hilang - Semasa | mStar

Harapan Pada Sampel DNA Dalam Usaha Cari Dua Warga Singapura Yang Hilang

Dua mayat mangsa gempa bumi berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat di Laban Rata Gunung Kinabalu Ahad lalu.

KUNDASANG: Sampel DNA anggota keluarga dua warga Singapura yang masih hilang susulan gempa bumi di Ranau, Sabah pada Jumaat lepas telah diserahkan kepada pasukan forensik di Hospital Queen Elizabeth, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pasukan forensik akan cuba memadankan DNA itu dengan cebisan bahagian mayat yang dibawa turun dari Gunung Kinabalu, yang turut terjejas oleh gempa bumi bermagnitud 5.9 itu, dalam usaha untuk mengesan dan mengenal pasti kedua-dua mereka, katanya.

Pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kerajaan kepada waris keluarga mangsa gempa bumi di sini pada Selasa, Najib berkata keluarga seorang daripada orang yang hilang telah datang ke Malaysia bagi menjalani ujian DNA manakala keluarga seorang lagi tidak dapat datang tetapi menghantar sampel.

"Saya percaya bahawa proses memadankan sampel DNA itu tidak akan mengambil masa yang lama. Oleh kerana saya bukan seorang pakar mengenai perkara ini, jadi saya menyerahkannya kepada kakitangan forensik, biarlah mereka menjalankan ujian itu," katanya.

Dua warga Singapura yang hilang ialah Navdeep Singh Jaryal s/o RajKumar, 13, dan Mohammad Ghazi Mohamed, 35.

Gempa bumi yang menggegarkan Ranau pada 7.15 pagi Jumaat turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. 

Sehingga kini, 16 orang disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Sampel DNA , gempa bumi , warga Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain