suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MAS Biayai Tiket Kanak-Kanak Pesakit Hati Untuk Rawatan Di China

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS)u lepas telah membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, yang mengidap penyakit hati dan keluarganya untuk pergi ke China bagi mendapatkan rawatan perubatan segera.

MAS dalam kenyataannya berkata kanak-kanak itu, Raef Uqael mengidap peringkat akhir penyakit itu dan akan menjalani transplan hati di sebuah hospital di Shanghai dengan bapanya sebagai penderma organ.

Raef berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 1.40 pagi, 7 Mei lepas dan tiba di Shanghai pada pukul 7 pagi, hari yang sama.

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak itu dijangka kembali ke Kuala Lumpurn pada Ogos ini.

Syarikat penerbangan itu membiayai tiket penerbangan kanak-kanak serta ibubapanya manakala menawarkan tambang diskaun kepada anggota keluarga yang mengiringi kanak-kanak itu.

MAS biayai tiket, kanak-kanak

Artikel Lain