suria

Cabar Najib Pada PRU, Kata Nazri Kepada Tun M

Mohamed Nazri Abdul Aziz

PETALING JAYA: Pemimpin Umno dulu dan sekarang yang tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mencabar beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, Tun Dr Mahathir Moahamad yang mendesak supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan menganggap beliau masih mempunyai sokongan kukuh juga patut mencabar Najib pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata, Najib tidak dapat tunduk kepada permintaan Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri kerana beliau hanya mewakili satu undi.

Nazri berkata, Najib dipilih secara demokrasi di kalangan rakyat dan mereka boleh menyatakan rasa tidak puas hati dengan mengundi pada pilihan raya ke-14.

"Perdana Menteri boleh diganti menerusi proses demokrasi, manakala ahli parti pula boleh mencabar Najib ketika pemilihan parti, bukan singkirkannya.

"Pengundi juga boleh menentukan sama ada akan mengundi Najib atau sebaliknya pada pilihan raya umum.

"Mari kita sama-sama tunggu hingga pilihan raya umum 2018 dan pemilihan parti tahun depan, lakukan ia melalui proses demokrasi jika mahu mencabar Najib," katanya. - Sin Chew Daily/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain