Istiadat Tabal Adat Sultan Perak XXXV Berlangsung Penuh Tradisi - Semasa | mStar

Istiadat Tabal Adat Sultan Perak XXXV Berlangsung Penuh Tradisi

/
perak10
Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik berbisik 'Rahsia Nisab Sultani' ditelinga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai tanda rasmi pertabalan raja pemerintah yang baharu pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
/
perak11
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengucup Pedang Cura Si Manja Kini pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim
/
perak12
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan mengaminkan bacaan doa pada Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah.
/
perak13
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mengucup tangan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas baginda menyemat 'Bunga Pencawa Pencara' sempena Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah.
/
perak14
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama pemangku sultan, wakil kerabat diraja, Yang Dipertua Negeri yang hadir pada Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah.
/
perak2
/
perak3
/
perak4
/
perak5
/
perak6
/
perak7
/
/
perak9
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengucup Al-Quran di atas singahsana sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah, Khamis.
/

KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.

Paluan Nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja.

Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi.

Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri.

Sultan Nazrin Shah segak dengan persalinan yang dilengkapi, antaranya, tanjak, Rantai Bunga Nyiur (rantai panjang berkerawang seperti bunga nyiur yang dipakai bersilang) dan Pontoh Bernaga (sepasang gelang yang disarung di lengan kanan dan kiri Sultan Perak) manakala Tuanku Zara memakai antara lain tiara, Agok (kalung emas), Dokoh (perhiasan emas berpermata) dan Pontoh Ular Lidi - kesemuanya merupakan Perkakasan Kebesaran Kerajaan Negeri.

Pasangan diraja itu diiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Datuk Ir Mohamad Othman Zainal Azim menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk memulakan istiadat disusuli bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Radhi Kamarul Hailan, yang merupakan tenaga pengajar al-Quran di Perak.

Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti yang menatang al-Quran diiringi seorang Panglima dan dua Bentara masuk ke Balairung Seri bagi mempersembahkan kitab suci itu kepada Sultan Nazrin Shah di singgahsana yang dihiasi bunga emas pada kiri dan kanannya.

Sultan Nazrin Shah kemudian mengucup al-Quran dan meletakkannya di atas tempat khas yang disediakan di sebelah kanan baginda.

Istiadat Tabal Adat diteruskan dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membaca Watikah Permasyhuran Pertabalan Sultan Perak yang ditatang oleh Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayob Hashim.

Seusai pemasyhuran dibacakan, Raja Chik Muda Pawang Diraja mengambil peranan mempersembahkan Pedang Cura Simanja Kini kepada Sultan Perak, yang kemudian mencabut pedang itu daripada sarung sebelum mengucupnya.

Mohd Zahidi kemudian mengangkat sembah dan melaungkan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali diikuti sekalian hadirin.

Sejurus itu, Nobat dipalu serentak dengan tembakan meriam 21 das dilepaskan.

Toh Seri Nara Diraja Mohd Shah Nong Chik kemudian naik ke singgahsana mempersembahkan 'Mestika Embun' dan menyunting 'Cap Halilintar' (mohor yang diperbuat daripada perak) ke telinga kanan Sultan Perak sambil membisikkan 'Rahsia Nisab Sultani' (asal-usul Sultan).

Selepas itu, istiadat Pemasyhuran Penganugerahan Gelaran Raja Permaisuri Perak diteruskan dengan bacaan watikah pemasyhuran oleh Mohd Zahidi.

Tuanku Zara Salim bangun menyembah Sultan Nazrin Shah yang kemudian menyemat 'Bunga Pencawa Pencara' di kepala Raja Permaisuri Perak.

Apabila selesai pengisytiharan dibacakan, sekali lagi Mohd Zahidi mengangkat sembah dan melaungkan 'Daulat' sebanyak tiga kali diikuti sekelian hadirin serta paluan nobat.

Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masing-masing mempersembah ucapan tahniah dan taat setia bagi pihak raja-raja dan Orang Besar Perak Darul Ridzuan serta mewakili kerajaan dan rakya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain